Wife

Susahnya bila nak menjemput idea ni. Kalau tak dijemput mencurah-curah bukan main lebat lagi.

Ok lah. Lets talk about a wife
Seorang perempuan yang dinikahi.
Yang dipertanggungjawabkan kepada
seorang lelaki.

Orang dulu-dulu (orang sekarang juga), kalau seorang perempuan ni ada yang berkenan, yang jadikan isteri disebutnya 'laku' tapi kalau tak kahwin  lambat kahwin, dikatanya 'tak laku'. Apa perempuan ni barang dagangan kah? Boleh diletak harga, dibanding-banding kualiti.
Kalau macam tu, yang lebih lambat kahwin yang paling tinggi nilainya sebab barang mahal dan mewah paling kurang pembelinya.

Bila tak berkahwin, semua orang sibuk bertanya, bila lagi? Kenapa? Adakah berkahwin itu kesempurnaan hidup? Jaminan bahagia?

Berapa ramai para isteri yang tak bahagia sejak dulu hingga kini? Ada yang terpaksa kekal dalam perkahwinan yang tak bahagia sebab takut dengan pandangan keluarga dan masyarakat tentang penceraian dan status janda.

Seorang isteri itu syaratnya pandai masak dan kemas rumah. Walau tak pandai sekalipun, tugas itu tetap tugas isteri. Tak kisah la isteri bekerja atau tak.
APA ISTERI INI SEMEMANGNYA PEMBANTU RUMAH? Pembantu rumah ada hari cuti, cuti tahunan, hak pekerja, bawah perlindungan  buruh dan kesatuan, boleh tamat kontrak dan letak jawatan. ISTERI? Ada yang dibiarkan gantung tak bertali. Tanpa nafkah. Apa lagi kasih sayang.

Let husband enjoy their hobby. Lebih baik daripada cari perempuan. Habis isteri tak ada hobi? Ingat isteri ni hobinya masak, basuh baju dan mengemas saja? Itu bukan hobi ya tuan tuan dan puan puan. Itu pengorbanan. She sacrificing her interest and dream to meet KPI for happy family. Tak cukup KPI merapu daripada boss psiko di ofis, ada pula KPI Keluarga bahagia.

Sebelum kahwin, mungkin dia gadis paling 'happy go lucky', bila selepas berkahwin, she has to meet sooo many expectations from many people. Family, parents, in law and off course HUSBAND! Mana tak depress. Macam mana tak bertukar daripada kucing kepada singa.

Sebenarnya, bukan para lelaki dan suami saja kena berubah dan tukar mindset. Masyarakat sekeliling, keluarga, mak ayah anak gadis juga perlu berubah. Tukar stereotypes kriteria wanita dan calon isteri.

Para wanita juga perlu sedar harga sebenar. Sedar yang kalau tak reti masak, tak pandai kemas rumah, anda tetap seorang isteri yang baik.
Sayang Allah dan diri lebih daripada segalanya.

Terlalu banyak kes depressi, meroyan, ibu bunuh anak, bunuh diri.. Semuanya kerana beban yang tak sepatutnya diletakkan di bahu para isteri.

Allah tak datangkan hubungan suami isteri untuk memberi kesedihan.
Dia maha pengasih dan penyayang.
Setiap yang datang dariNya semata-mata demi kebaikan.

Hmmm.. Macam point pidato dan bahas pon ada ni. Apa sekalipun pandangan orang sekeliling dan masyarakat, yang paling utama adalah diri kita. How we value ourselves. Put ourselves high in our own ranking, people eventually will know who they deal with.
KakLong kawasan hidup dan hati sendiri.


You Might Also Like

0 comments