Hai manusia dan bukan manusia. (well, I dont want to discriminate any makhluk)
Sebenarnya aku tak pasti nak guna bahasa baku kah, bahasa Inggeris sepenuhnya kah, atau guna bahasa rojak dan santai macam ni. Setelah taip dan padam dan taip lagi dan padam lagi, aku pilih untuk tulis ja dari hati aku yang tulus suci murni ni.
Kiki challenge me to do #100dayschallenge and here we are. Yayyyy!
Macam lah ada orang baca blog bersawang ni.
Topik kita pada hari ini adalah.... suka hati aku sebagai pemilik blog usang ni.
Bukan ada sesiapa baca pon. Sobs!
Aku tulis entry ni on Friday, 22November2019.
First day without Kiki in the office.
Oh ya, lupa nak memperkenalkan Kiki. Kiki bukanlah seekor kucing atau Arnab atau sugar glider. Kiki is a great friend of mine. Sahabat kiriman Tuhan. Gituu. Sebenarnya aku baru rapat dengan Kiki dalam November tahun lepas. Jadinya lebih kurang setahun yang lalu.
Permulaan aku tau tentang kewujudan Kiki bila Kak Ema sebut nama dia. Masa tu aku macam ooo. (buat-buat kenal). So aku dah tau ada seorang manusia bernama Kiki kat ofis tu. Mula aku bayang budak ni "free hair" sebab nama retis bukan main. So berlalu la pasal nama Kiki dan aku pon dah tak ingat dah. Sampailah masa Team Building company dekat Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang, Lina bagi tau aku, ni la kiki kak Ema cakap tu. Time tu dia pakai tudung warna "Royal Blue". Mungkin sebab aku dok fokus dekat warna tudung dia tu, so aku macam hai jela. Dia pon muka macam "awkward" dan seram ja tengok aku. Mungkin juga sebab dia terpegun dengan tudung yellow aku. (Kiki, aku baru teringat moment ni).
Long story short, Lina move from KYC Team to SRS Team and sit beside Kiki. Each time me and Lina plan to go out after work, I will go to Lina's place to chit chat while waiting her to finish her work. So, during that time me and kiki start to chit chat and laugh on our stupid jokes.
Kemudiannya aku pula join SRS Team. The rest is history.
Perjalanan nak kenal seorang Kiki ni sangat miracle. Rasa macam betul-betul Allah nak temukan kami berdua. Nak kami bukan sekadar tegur dekat tandas hai-hai, bye-bye. Daripada tak pernah tau wujudnya seorang yang bernama Kiki kemudian dapat dengar nama. Bila dah dengar nama, tak cari pun sapa orangnya, Allah tunjukkan pula rupa. Bila dah kenal nama dan rupa, Allah dekatkan untuk kenal diri masing-masing. Daripada Kiki aku kenal diri aku juga.
Waktu aku tulis ni aku baru sedar.. perjalanan ni sama dengan perjalanan kita kepada pencipta kita.
Dia tunjukkan diriNya yang kita cuma kenal pada nama dalam pelbagai cara dan rupa. Cuma kadang-kadang kita ni leka dengan dunia kita sampai kita terlepas pandang arRahman dan arRahim dalam setiap yang kita kejar tu. Sampaikan kita hilang diri kita. Kenal diri kita. Bila kita kenal siapa kita, kita akan kenal Dia.
Bila kita kenal Dia, kita akan nampak setiap sesuatu disebalik alam ni ada Dia.
Thank you Allah for sending Kiki to my life. Thank You for sending YOU through her.
Kiki, we found each other
Ki, aku cari pic ni to confirm my memory. LOL
0 comments